marquee 2

selamat datang blog cikgu azlinah

Marquee 1

Sila dapatkan bahan pembelajaran di Menu Muat Turun /marquee>

PENJODOH BILANGAN

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Penjodoh Bilangan? Penjodoh Bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentukan sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan juga sebagainya.

Kadang kala, kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, atau sebagainya

 

 

Senarai Penjodoh Bilangan: Penggunaan & Contoh

Senarai Penjodoh Bilangan

i) Huruf A sehingga C

Penjodoh Bilangan

Penggunaan

Contoh

angkatan

untuk sekumpulan manusia atau benda

kapal, tentera, pelukis, penulis

baris

untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris

orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batang

untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi

sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentuk

untuk benda-benda kecil yang berkeluk atau melengkung

mata kail, subang, cincin

berkas

untuk benda-benda yang dlikat bersama-sama

kunci, lidi, kayu

bidang

untuk benda-benda atau tempat yang terbentang luas

tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

biji

untuk buah-buahan, benda-benda yang bulat, dan benda-benda yang kecil

labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

bilah

untuk benda-benda yang tajam

parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

blok

untuk bangunan yang besar dan bertingkat-tingkat

pejabat, pangsapuri, bangunan

bongkah

untuk benda-benda yang berbongkah

ais, kayu

botol

untuk benda-benda yang dlisi ke dalam botol

susu, kicap, air minuman

buah

untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu

bandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet, …..

buku

untuk benda-benda yang keadaannya berketul

sabun, roti, benang

bungkus

untuk benda-benda yang diletakkan dalam bungkusan

sebungkus nasi

butir

untuk benda-benda yang bulat atau kecil

telur, batu, manik, beras, peluru

carik

untuk kain atau kertas yang dicarik

kain, kertas

cawan

untuk air yang diletakkan di dalam cawan

air, teh, kopi

cebis

untuk benda-benda yang dikoyakkan atau serpihan

kain, kertas, kaca

cekak / gemal

untuk benda bersaiz secekak jari

secekak sirih, padi

colek

untuk benda-benda yang dicolek

sambal, sos

cubit

untuk benda yang diambil sedikit dengan jari

garam, gula, kunyit

cucuk

untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi

sate

ii) Huruf D sehingga K

Penjodoh Bilangan

Penggunaan

Contoh

das

untuk bunyi letupan atau tembakan.

tembakan

deret

untuk benda-benda yang tersusun

bangunan, rumah, kedai, kereta

ekor

untuk semua jenis binatang

nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

gelas

untuk air yang diisi di dalam gelas

air, susu

gelung / lingkar

benda yang berlingkar

ubat nyamuk, tali, dawai, rotan

genggam

untuk benda-benda yang digenggam

pasir, beras, padi

gerombolan

untuk kumpulan penjahat

penjahat, samseng, pengganas, perusuh

gugus

untuk buah-buah ataupun benda sama jenis yang dikumpulkan dalam satu ikatan

anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulung

untuk benda-benda yang bergulung

filem, permaidani, tikar, dawai, kertas

gumpal

untuk benda yang berkepul atau berketul

tanah, darah, asap

helai

untuk benda-benda yang nipis dan lebar

kain, baju, seluar, sapu tangan, singlet, selendang, selimut, tuala, sarung, kertas, kertas tisu, daun, bendera, bulu burung

hidang

untuk kumpulan makanan dan minuman yang disajikan

kuih-muih, lauk-pauk

hiris/ iris

untuk benda-benda yang dipotong nipis

bawang, timun, daging, buah-buahan

ikat

untuk benda-benda yang diikat

kayu, lidi, tebu, sayur, papan

jambak

untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai

bunga, kunci

jambangan

untuk bunga di dalam pasu atau belanga.

bunga

jemput

untuk benda-benda yang diambil dengan hujung jari

nasi, garam, gula, ikan bilis, udang kering

 

Penjodoh Bilangan

Penggunaan

Contoh

kajang

untuk benda-benda yang lebar

atap, kertas

kaki

untuk benda-benda yang bertangkai

payung, cendawan, bunga

kalung

untuk benda yang disusun kalung (rantai)

bunga, mutiara

kandang

untuk haiwan di dalam kandang

kerbau, kambing, lembu, kuda

kapur

untuk sirih yang dibubuh kapur.

sirih

kawan

untuk kumpulan haiwan

lembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompok

untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda

burung, awan, pulau, bintang

kepal

untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan

nasi, pulut, tanah

keping

untuk benda-benda yang nipis atau pipih

roti, biskut, kuih, kad, gambar, setem, lencana, foto, papan, disket, cakera padat, atap, tanah

kepul

gumpalan asap atau awan yang tebal.

asap, awan

kerat

untuk bahagian benda-benda yang dipotong

tebu, kayu, buluh, rotan

ketul

untuk benda-benda yang berketul dan padu

batu, ais, tanah liat, ikan, daging, tulang, kuih, arang, roti, sabun ….

kotak

untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak

mancis, rokok, pensel warna

kumpulan

untuk manusia atau haiwan yang berada dalam kumpulan

pelajar, pemuda, pengakap, pekerja, perompak, burung, itik, gajah, harimau ……

kuntum

untuk semua jenis bunga

mawar, melati, anggerik

laras

untuk senjata api

pistol, senapang, meriam

lembar

untuk benda-benda yang lurus dan panjang

kertas, dawai, benang

longgok

untuk benda-benda yang berada dalam longgokan

sampah, durian, pakaian, tanah, cili

mangkuk

untuk makanan yang diisi ke dalam mangkuk

sup, bubur, pengat

naskhah

untuk bahan bacaan yang berjilid

surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

orang

untuk manusia

guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

pangsa

untuk bahagian dalam buah durian.

durian

papan

untuk benda-benda yang berbentuk kepingan

coklat, petai, mercun

pasang

untuk benda dan manusia yang berpasangan

merpati, kasut, sepatu, sarung kaki, selipar, cermin mata, anting-anting, kekasih, suami isteri

pasukan

untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam

pemain bola sepak, polis, tentera pengakap

patah

untuk perkataan

perkataan, kata

petak

untuk sawah, bendang, tanah

sawah, bendang, tanah

pintu

untuk bangunan yang mempunyai beberapa pintu

rumah, kedai

potong

untuk benda-benda yang sudah dipotong

kek, kuih, roti, nanas, tembikai, betik, oren, daging

pucuk

– untuk surat atau benda-benda yang tajam hujungnya
– untuk senjata api

surat, jarum, rebung, pistol, meriam, senapang

puntung

untuk sebahagian benda yang masih menyala

rokok, bara, kayu api

iv) Huruf R hingga Huruf U

Penjodoh Bilangan

Penggunaan

Contoh

rangkai

untuk ayat yang berangkai-rangkai

doa, lagu, madah

rangkap

untuk perenggan puisi

pantun, sajak, syair

rawan

untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat

jala, jaring, pukat

ruas

untuk benda yang beruas-ruas

tebu, buluh, jari, rotan

rumpun / perdu

untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat

serai, tebu, buluh, padi, lalang, rumput, daun pandan

sikat/sisir

untuk buah pisang

pisang

suap

untuk makanan yang dijemput dan dimasukkan ke mulut

roti, nasi

tandan

untuk buah-buahan yang bertandan

pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai

untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai

rambutan, duku, kenanga, padi, daun

teguk

untuk air yang sedang diminum

air, teh, kopi

timbun

untuk himpunan benda yang bertindih-tindih

pasir, tanah, batu, manggis, sampah

tingkat

untuk bangunan yang bertingkat

kedai, bangunan, rumah

titik / titis

untuk cecair yang menitis

air, darah, dakwat, embun, air mata

tongkol

untuk buah yang bertongkol

jagung

ulas

untuk isi buah-buahan yang berulas-ulas

limau, durian, cempedak, nangka, langsat, manggis, bawang putih

untai

untuk benda yang berangkai-rangkai

rantai manik, kalung mutiara, tasbih, pantun, sajak, syair

urat

untuk benda-benda yang halus dan panjang

rotan, benang, dawai, tali, gelang

utas

untuk benda-benda yang panjang dan berurai

benang, tali, dawai, rantai

SUMBER : https://studentportal.my/senarai-penjodoh-bilangan/